Ikhlas Itu Rahasia Allah.


Ikhlas satu rahsia Allah tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak.Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya.Kita tidak boleh mengatakan diri kita ikhlas atau saya ikhlas.. Betulkan niat kita ketika melakukan suatu amalan.Mohon dari Allah agar diberiNya hati yang ikhlas,sebab ikhlas anugerah daripada Allah.

Orang yang buat sesuatu dengan ikhlas tak minta dipuji dan tka melatah apabila dikeji. Sebab dia tahu apa yang dia buat bukan untuk di nilai oleh manusia, tapi kerana tak lainnya kerana ALLAH S.W.T. semata-mata.
Ikhlas juga boleh diibaratkan seperti roh kepada amal ibadah. Kita ambil contoh mudah, badan kita ada roh atau nyawa, barulah kita dapat hidup. Begitu juga dengan ibadah tadi, jika tiada ikhlas makan ibadah tadi seumpama badan yang tak bernyawa. Apa yang akai berlaku apabila badan tiada nyawa? Ya, kita akan mati.
Apabila kita buat sesuatu dengan penuh rasa ikhlas, kita ada kekuatan dalaman yang begitu hebat. Tak kisahlah jika perkara itu terlalu berat atau susah untuk dilakukan. Tetapi kita sanggup lakukannya, kerana apa? Kerana kita sebenarnya bekerja dengan bersandar pada ALLAH S.W.T.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Bencana di palu